KUALA LUMPUR – Gara-gara membenarkan Naib Presiden Pas, Idris Ahmad membaca khutbah – seorang nazir masjid digantung tugas.
Menurut sumber, Nazir Masjid Al Ubudiah, Tasek Tambahan di Ampang itu dikenakan tindakan kerana membenarkan Idris menjadi khatib memcaba khutbah Jumaat tanpa kebenaran pada 1 November baru-baru ini.
Tindakan itu dikenakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) baru-baru ini.
Justeru bagi membendung perkara itu JAIS meminta orang ramai membuat laporan sekiranya ada berlaku sebarang pelanggaran peraturan di masjid di negeri itu.
Mereka dikehendaki membuat laporan bertulis berserta dengan bukti sekiranya ada.- MalaysiaGazette
Sama juga dengan zaman BN. Dulu marah tapi sekarang perangai sama juga.