KUALA LUMPUR – Kegagalan pengisian 690,000 jawatan kosong yang ada adalah disebabkan dua faktor utama, terutamanya kerana pekerjaan kolar biru gagal menarik minat rakyat Malaysia.
Selain itu, lulusan universiti juga dilihat tidak memiliki kemahiran bagi memenuhi keperluan kerjaya untuk jawatan kolar putih tertentu.
Usaha intensif teknologi pada masa yang sama, kata Shamsuddin, dapat mengurangkan kebergantungan negara kepada pekerja kolar biru.
“Berdasarkan data JobsMalaysia, kebanyakan kekosongan adalah jawatan kolar biru.
“Ramai majikan sebenarnya mengadu kesukaran mendapat pekerja kerana mereka gagal menggaji orang tempatan dan tidak dapat menggaji orang asing,” katanya kepada China Press.
Beliau berkata, keadaan itu adalah tidak sihat buat ekonomi negara dan kerajaan perlu menaik taraf pekerjaan yang ada supaya lebih banyak jawatan kolar putih diwujudkan.
“Untuk universiti pula, mereka perlu dihubungkan dengan industri supaya graduan yang dilahirkan adalah tenaga yang memiliki kelayakan dan kemahiran yang diperlukan industri,” katanya.
Kementerian Sumber Manusia pada Jumaat lalu mendedahkan, berdasarkan data JobsMalaysia, terdapat 690,000 kekosongan jawatan di negara ini.
Daripadanya, 50,326 kekosongan adalah untuk diisi lulusan institusi pengajian tinggi. – MalaysiaGazette