TERKINI : 31 Laporan Polis, 3 Laporan SPRM “Kempen Wujud Rasuah” di PRK Tanjung Piai – SPR

PONTIAN – Mana mana pihak yang mendapati wujud elemen rasuah semasa kehadiran pemimpin kerajaan dan menteri Kabinet kempen Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai boleh mengemukakan aduan terus kepada polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Timbalan Pengerusi SPR, Dr. Azmi Sharom bagaimanapun berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang aduan berkaitan perkara tersebut.

“Sekiranya seseorang itu berpendapat perkara itu tak betul,seharusnya mereka lapor polis dan SPRM.

“Kita punya kuasa penguatkuasaan sangat terhad dan terma berkaitan rasuah atau sebarang salah laku melibatkan kempen dikendalikan SPRM,” katanya kepada pemberita selepas memantau proses undi awal di Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian hari ini.