Presiden Perti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu berucap pada Ceramah Perdana Pakatan Harapan sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) P.165 Tanjung Piai di Kukup, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 14 NOVEMBER 2019.

KUKUP – Mohamad Sabu menyifatkan Tun Dr. Mahathir Mohmad seorang diktator suatu ketika dahulu sebenarnya seorang yang demoktratik dan terbuka.

Presiden Perti Amanah Negara (PAN) itu berkata, Perdana Menteri itu mendengar pandangan anggota Kabinet sebelum membuat keputusan.

“Dulu saya ingat Tun Mahathir diktator, sekarang apabila duduk bersama dia, beliau cukup demokratik mendengar pandangan semua pemimpin dalam Kabinet.

“Dia juga diangkat sebagai hero Palestin yang memperjuangkan nasib mereka yang ditindas rejim kejam Israel. Takkanlah presiden dan pemimpin kita yang hebat disegani dunia tiba-tiba calon dia kita tak undi pula.

“Saya yakin rakyat buat pilihan tepat. Jangan keliru terutama dengan parti lama saya (Pas), undilah PH, pendirian dia tak tahu macam mana,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada program Ceramah Perdana yang dihadiri Mahathir di Kukup yang dibanjiri lebih 2,000 warga tempatan dan penyokong PH.

Tambah beliau yang juga Menteri Pertahanan, tempoh 18 bulan pemerintahan PH bukannya tempoh panjang yang boleh memenuhi semua janji dan kejayaan paling besar dilaksanakan gabungan parti itu ialah memerangi rasuah dengan meminta pemimpin, wakil rakyat dan penjawat awam mengisytiharkan aset dan harta mereka.

Namun, katanya, pembangkang mendakwa segala pembaharuan yang dibuat kerajaan semasa tidak mecukupi dan meminta pembambangunan.

“Jangan lupa bahawa kita ambil negara dalam keadaan hutang cukup banyak. Apa gunanya kita kahwin janda, pinggang rampin, rambut macam ‘christmas tree’ (pokok krismas), pakai gelang tangan, bibir merah cantik, rupa-rupanya dia hutang banyak oleh kerana kahwin dia, tanggungjawab segala hutang diselesaikan tok laki baharu.

“Lebih 3,000 orang yang pernah undi Pas dulu kali ini kena undi calon kita, Karmaine Sardini. Tiada pilihan lagi untuk pengundi Tanjung Piai yang mana pembangkang tak pernah menang sekalipun dalam sejarah,” katanya. – MalaysiaGazette

7 Komen

    • Hoi Mat Sabu.. Pakatan Hancing yg tambah hutang lagi mau tipu kah? Ko lelong semua harta negara tapi hutang masih naik juga!

    • Puji Mahadir sebab dapat jawatan. Sudah lah mat sabun. Cuba tak dapat jawatan macam Anuar. Dah lama kau kecam Mahathir. Semua talam dua muka .

  1. Ho Mat Sabu! Dulu ko yg panggil Mahathir Mahafiraun.. sudah lupa kah?? Al Juburi apa khabar??? Boleh blah lah kaki penipu!

  2. Kak normah bini org kirim slm mat…awat hang xjwp kol dia.. mssge pun hang xjwp…hanat laa hang sabut ni….dok usar kt tjg piai kaa bini org…mat sabut?

  3. Nama kamu sama dengan penampilan dan perangai kamu. dah ler sijil tipu. dulu kamu kata maday pelingkup negara sekarang demokeratik pulak. lidah kamu macam biawak. pege daaaaa

    • Bukan sijil saja tipu. Cakap pun penipu. Dulu main maki hamun Mahathir . Sekarang puji Mahathir. Cuba Mahadir tukar bagi jawatan dia pada orang lain. Tengok apa dia kata.

Comments are closed.