Gabenor Bank Indonesia, Perry Warjiyo (kanan) bersalaman dengan Bekas Gebenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz (tengah) pada Sidang Kemuncak Ke-14 Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSB) 2019 di Pusat Konvensyen Jakarta, Indonesia. foto SYAFIQ AMBAK, 13 NOVEMBER 2019

JAKARTA – Ketokohan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz sebagai pelopor dalam kewangan Islam memang tidak dapat disangkal.

Perkara itu dikongsikan oleh Gabenor Bank Indonesia, Dr Perry Warjiyo.

Semasa memulakan ucapannya dalam Sidang Kemuncak Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSB) kali ke-14, beliau menyifatkan bekas Gabenor Bank Negara Malaysia itu sebagai pemimpin yang cukup disegani dalam kewangan Islam.

“Beliau adalah mentor, guru dan pemimpin yang sangat saya hormati dalam kewangan Islam,” katanya di hadapan para tetamu.

Disebabkan ketokohan Zeti itu, Dr Perry mengakui beliau selalu tersilap dan masih beranggapan bahawa Zeti masih menerajui Bank Negara Malaysia.

Zeti pernah menerajui Bank Negara Malaysia dari tahun 2000 hingga 2016 dan beliau adalah wanita pertama di Malaysia dilantik sebagai Gabenor.

Beliau kini dilantik sebagai Pengerusi Permodalan Nasional Berhad.

Zeti adalah penerima Anugerah Diraja Kewangan Islam pada tahun 2018. – MalaysiaGazette