TERKINI : Mohon Polis Beri Pertimbangan “Syarat Permit Kempen Rumah ke Rumah” – Muhyiddin Yassin

KUKUP – Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta pihak berkuasa polis di Pontian supaya mempertimbangkan semula syarat ketat yang dikenakan ke atas calon dan parti berkempen dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai kali ini.

Menteri Dalam Negeri itu berkata, ketika suasana kempen yang sedang menghampiri saat kritikal dan kemuncak berbaki dua hari lagi, syarat permit tidak sewajarnya diperketatkan sedemikian dan semua calon dan parti bertanding harus diberikan kebebasan berkempen.

Menurut beliau, menerima aduan rasmi daripada pihak pembangkang yang bertanding yang tidak berpuas hati dengan syarat ketat sehingga dikenakan permit untuk kempen walkabout dan rumah ke rumah termasuk trak.

“Saya dah uruskan berpuluh-puluh pilihan raya sebelum ini tetapi tidak pernah lihat syarat begitu ketat seperti sekarang yang mana sejak hari penamaan calon mereka sudah mula berkempen seperti biasa.

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.