Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien memeluk calon Barisan Nasional, Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng selepas mendahului keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) P. 165 Tanjung Piai di Command Centre Barisan Nasional, Pontian, Johor. foto AFFAN FAUZI, 16 NOVEMBER 2019

PONTIAN – Wakil Rakyat baharu Parlimen Tanjung Piai, Datuk Seri Wee Jeck Seng terhutang budi dengan pengundi-pengundi yang telah memilihnya pada pilihan raya kecil (PRK) yang berlangsung hari ini.

Beliau berkata, sudah tiba masanya untuk beliau berkhidmat kepada rakyat di kawasan itu selepas diberi kepercayaan dengan mandat yang besar.

“Hari ini bukan Jeck Seng yang kuat, tapi Barisan Nasional (BN) yang kuat,” kata calon BN bagi PRK Tanjung Piai itu.

Menurutnya, beliau berterima kasih kepada semua pihak termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan rakan dalam PAS yang membantu kempennya.

“Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada jentera parti BN yang bertungkus lumus membantu.

“Ini termasuk UMNO Bahagian Tanjung Piai yang membantu saya dalam memastikan kemenangan dalam PRK ini,” katanya pada sidang media di Dewan Jubli Intan.

Tambahnya, beliau sangat komited untuk meneruskan agenda membantu masyarakat di kawasannya selepas ini.

“Walaupun sebagai pembangkang, saya akan terus membantu orang di kawasan saya (pengundi).

“Saya terhutang budi dan akan membalas budi kepada pengundi saya,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Tahniah kemenangan besar bn di tanjung piai.

    Apakah kemenangan ini akan mengembalikan najib sebagai pm & zahid sebagai tpm serta melantik hadi awang sebagai menteri kewangan??

    Yg menang ada lah elaun baru.
    Pengundi yg beri kemenangan dapat apa?

    Sendiri tembak kaki sendiri.
    Sendiri carilah ubatnya.

    Apa pembangkang boleh buat utk salurkan peruntukan pembangunan.

    Sbb masing-masing exco @ menteri dari parti kerajaan akan mengutamakan pembangunan dikawasan mereka masing-masing.

    Ini tradisi yg telah dibuat oleh pemimpin umno bn.

Comments are closed.