Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub membuang undi pada hari pengundian sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) P. 165 Tanjung Piai di SK Serkat, Johor. foto AFFAN FAUZI, 16 NOVEMBER 2019.

PONTIAN – Kekecohan yang berlaku di dua Pusat Daerah Mengundi (PDM) pagi tadi memang sudah dijangka berlaku.

Namun, Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub  beliau yakin langkah-langkah proaktif dapat diambil oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjamin keselamatan hingga proses pengundian tamat pukul 5.30 petang nanti.

“Saya juga yakin apa jua insiden yang berlaku setakat tengah hari tadi akan dapat ditangani dan saya tak mahu ulas dahulu atau menghukum mana-mana pihak,” katanya ketika ditemui di Pusat Media Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai di sini, hari ini.

Salahuddin berkata, provokasi seperti itu akan tercetus ekoran PRK merupakan satu medan penting bagi memastikan mereka mendapat kejayaan.

Ujarnya, disebabkan itu akan ada pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan untuk menimbulkan kekecohan, namun perkara itu diserahkan kepada pihak berkuasa untuk menguruskannya.

Salahuddin mengharapkan agar tidak akan ada insiden buruk berlaku sehingga waktu pengundian tamat pada pukul 5.30 petang nanti.

Dalam insiden pukul 11 pagi tadi berlaku kekecohan di luar Pusat Mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yu Mung 1, apabila seorang lelaki berbangsa Cina cuba melakukan provokasi terhadap penyokong Pakatan Harapan (PH).

Lelaki berusia lingkungan 40an itu membawa plakad berwarna kuning yang dipasang pada badan dengan tertera perkataan ‘PH Janji Kosong’.

Kekecohan terjadi apabila lelaki terbabit yang melalui sekumpulan penyokong PH diherdik dan dimarahi ekoran tindakannya itu.

Keadaan kecoh dapat diredakan oleh anggota polis yang mengawal pusat pengundian berkenaan dengan lelaki terbabit diminta supaya menanggalkan plakad dan diminta beredar dari kawasan itu. – MalaysiaGazette

Lelaki bawa plakad cetus provokasi di pusat mengundi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast