Pemain Malaysia, Shahrul Saad pada sesi sidang media sempena perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 18 NOVEMBER 2019

KUALA LUMPUR – Peminat bola sepak negara ini diharap tidak mengulang insiden yang dilakukan oleh penyokong Indonesia kepada pemain dan penyokong Harimau Malaya di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta pada September lalu.

Sebaliknya bek tengah negara, Shahrul Saad berkata, peminat negara harus mengamalkan semangat kesukanan yang tinggi pada aksi timbal balik menentang negara republik itu di Stadium Nasional Bukit Jalil esok.

Jelas pemain Perak itu, Malaysia perlu menghormati tetamu biarpun pernah dipalit episod hitam di tempat lawan.

“Macam-macam insiden yang berlaku di Jakarta tempoh hari dan telah memberi pengalaman kepada pemain.

“Sebagai penyokong profesional, kita jangan membuat provokasi ke atas penyokong Indonesia malam esok.

“Kita hadir memberi sokongan penuh semangat kesukanan agar pasukan negara dapat meraih tiga mata,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media menjelang pertemuan menentang Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini hari ini.

Turut hadir, ketua jurulatih Malaysia, Tan Cheng Hoe.

Pada aksi pertama pada 5 September lalu, tindakan tidak profesional dan biadap dilakukan penyokong Indonesia ke atas peminat setia Malaysia pada aksi Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di Stadium Utama Gelora Bung Karno.

Kemenangan 3-2 dilakar Harimau Malaya ke atas Indonesia itu dicemari keganasan penyokong tuan rumah yang dipercayai tidak berpuas hati dengan kekalahan itu.

Kira-kira 400 penyokong negara diserang dengan balingan botol, bom asap dan ditumbuk hingga ada yang cedera.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut berdepan detik cemas itu menerusi paparan video yang tular di media sosial.

Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Imam Nahrawi tampil secara terbuka memohon maaf atas insiden buruk yang tercetus.

Imam turut bertemu Syed Saddiq Syed bagi menyampaikan permohonan maaf dan rasa kesal atas kekecohan ditimbulkan penyokong tuan rumah itu dalam satu yang diadakan di sebuah hotel di Jakarta. – MalaysiaGa

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast