Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

KUALA LUMPUR – Transformasi Pakatan Harapan (PH) terhadap Malaysia daripada sebuah kerajaan kleptokrasi kepada bersih tidak mencukupi sekiranya tidak menunaikan janji pilihan raya lalu.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, kekalahan PH dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai Sabtu lalu membuktikan rakyat mahu pemimpin PH menunaikan janji.

“Isyarat itu kita hormati. Kejayaan kita ubah daripada kleptokrasi kepada demokrasi, daripada sebuah kerajaan yang korup dan berasuah kepada kerajaan bersih tidak mencukupi.

“Sekarang kerajaan bersih, bukan macam kerajaan dulu, itu tidak mencukupi.

“Yang rakyat mahu lihat bahawa kita dapat menunaikan janji-janji yang kita buat,” katanya pada sidang media hari ini.

Lim Guan Eng
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bergambar bersama selepas menyaksikan Majlis Pertukaran Dokumen Perjanjian Persefahaman (MOU) diantara Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd Datuk Seri Darwis Abdul Razak (dua kiri) Pengerusi SME Bank Datuk Seri Nazir Ariff (tengah) dan Pengarah Projek China Communications Construction Sdn Bhd Ir. Fang Zhenru (kanan) dan Duta Besar China, Bai Tian (tiga kanan) pada Majlis Menandatangani Perjanjian (MoU) di antara pihak SME BANK, Malaysia Rail Link (MRL) & China Communications Construction (ECRL) di Grand BallRoom Level,Hilton Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 18 NOVEMBER 2019.

Terdahulu beliau menyaksikan Majlis Perjanjian Persefahaman (MoU) di antara SME Bank dengan Malaysia Rail Link & China Communication Construction Company (CCCC).

Sabtu lalu, calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng memenangi PRK Parlimen Tanjung Piai dengan majoriti 15,086 undi.

Ketua MCA Bahagian Tanjung Piai itu memperoleh 25,466 undi, menewaskan pencabarnya iaitu calon PH, Karmaine Saidini yang memperoleh 10,380 undi.

PRK Parlimen Tanjung Piai menyaksikan pertandingan enam penjuru susulan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik akibat komplikasi jantung 21 September lalu.

Dalam pada itu, Guan Eng mengakui bahawa selepas ini, pemimpin PH perlu memastikan manifesto PH pada PRU14 ditunaikan lalu susulan penolakan rakyat Tanjung Piai, Sabtu lalu.

“Saya rasa adalah penting bahawa PH memberi tumpuan untuk menunaikan janji-janji tersebut seperti mana yang telah digariskan dalam manifesto PRU14 PH.

“Saya rasa itu adalah salah satu mesej pengundi. PH perlu mewakili semua rakyat Malaysia dan ia harus diberikan penekanan bahawa PH adalah kerajaan untuk semua.

“Di sini kita akan terus berusaha untuk mendengar itu suara yang diutarakan,” katanya.

Guan Eng turut mengucapkan tahniah kepada BN termasuk Datuk Seri Najib Razak di atas kemenangan besar parti pembangkang itu dalam PRK Tanjung Piai.

“Ini adalah PRK, dan saya yakin sekiranya kita berusaha bersungguh-sungguh, rakyat akan membuat penilaian sendiri dan membuat keputusan yang memihak kepada PH,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. kerajaan bersih adalah perkataan kotor!!! kerajaan berasaskan manifesto tipu mengaku bersih?
    tipu itu bersih? sekolah kominis ajar mcm tu ker?
    memang sah menteri tigasuku!
    baghal bin kaldai!

  2. OMG!!..tebal btui kulit muka..perasan suci betui!..kes ko pn AG gugurkan..klu berani, setel kes tu kt mahkamahla.

    • Itu lagi teruk dari kes Najib. Mengaku berseh. Kes terowong dan rumah berseh apa. Orang bodoh saja percaya.

Comments are closed.