Eksekutif Seksyen Pengurusan Tadbir Korporat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Pinny Asnan.

KUALA LUMPUR – Sebuah yayasan hanya boleh memberi namun tidak boleh menerima suatu daripada pihak lain.

Demikian kata saksi pertama perbicaraan melibatkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berdepan sebanyak 47 pertuduhan membabitkan jutaan ringgit dana Yayasan Akalbudi di Mahkamah Tinggi hari ini.

Saksi berkenaan, Eksekutif Seksyen Pengurusan Tadbir Korporat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Pinny Asnan berkata, ini kerana yayasan ditubuhkan untuk tujuan kebajikan.

“Apa yang yayasan beri kepada mana-mana pihak tidak boleh dibalas balik sebab ia (yayasan) untuk kebajikan,” katanya kepada Mahkamah Tinggi ketika pemeriksaan balas ringkas dengan pihak peguambela.

Beliau yang yang berkhidmat dengan SSM sejak 15 tahun yang lalu membacakan kembali keterangannya yang menjurus kepada penubuhan syarikat yang berdaftar.

Hari ini merupakan hari pertama perbicaraan kes  Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO.

Perbicaraan didengar di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.- MalaysiaGazette