TERKINI : PH Terima Kekalahan Yang MENGEJUTKAN!!! – Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau mengakui bahawa undi masyarakat Cina di Tanjung Piai terhadap Pakatan Harapan (PH) merosot.

Justeru itu katanya, PH kini perlu fokus kepada penolakan masyarakat itu yang membawa kepada kekalahan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Karmaine Sardini pada Sabtu lalu.

“Ada perubahan undi Cina dan Melayu juga. Saya tidak percaya ada isu perkauman dan saya rasa kita perlu faham kekecewaan rakyat pelbagai kaum.

“Mesejnya jelas kita untuk ambil perhatian,” katanya di lobi Parlimen, hari ini.