TERKINI : Saya Ada Dengar “22 MP BN Jumpa Azmin Ali” – Tun Mahathir

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui ada mendengar mengenai pertemuan sulit di antara 22 ahli Parlimen Barisan Nasional, lima ahli Parlimen PKR di kediaman rasmi Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali di Putrajaya, malam tadi.

Beliau bagaimanapun memberitahu tidak mengetahui apa yang dibincangkan oleh mereka ketika pertemuan tersebut.

Enggan mengulas lanjut, beliau mengulangi jawapan yang sama sebanyak dua kali ketika diminta mengesahkan sama ada Pengerusi Bersatu itu mengetahui mengenai pertemuan yang telah dijadualkan di kediaman Azmin malam tadi.

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.