Tunjuk perasaan oleh pengamal media Turki susulan penahanan dan pendakwaan ke atas wartawan. foto Agensi

ISTANBUL – Lebih daripada 120 wartawan masih dipenjarakan di Turki, satu rekod tertinggi global dan keadaan media di negara ini tidak bertambah baik sejak perintah darurat selama dua tahun lalu ditarik semula pada tahun lepas, menurut pemerhati media dunia.

Turki mengisytiharkan darurat sejurus selepas rampasan kuasa yang gagal pada tahun 2016.

Negara itu telah memecat atau menggantung 150,000 hakim, ahli akademik, pegawai tentera, penjawat awam dan lain-lain dalam tempoh dua tahun ia berkuat kuasa kerana mengesyaki menyokong seorang cendekiawan Turki, Fethullah Gülen yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Gulen didakwa terlibat dalam rampasan kuasa.

Kejadian itu menyebabkan lebih 77,000 orang telah dipenjarakan sementara menunggu perbicaraan.

Beratus-ratus wartawan telah didakwa sejak rampasan kuasa itu dengan pertuduhan berkaitan keganasan, Institut Akhbar Antarabangsa (IPI) dalam satu laporan baru-baru ini.

Menurut IPI, bilangan wartawan yang masih dalam penjara telah menurun daripada lebih 160 orang.

Di sebalik angka-angka itu terdapat kisah pelanggaran hak asasi yang sangat besar, dengan berpuluh-puluh wartawan didakwa dengan pertuduhan berkaitan keganasan yang paling serius selama berbulan-bulan, kadang-kadang bertahun-tahun untuk menunggu perbicaraan, katanya.

Wartawan dipenjara “sebagai akibat daripada tindakan keras dan bermotivasi politik terhadap media”, kata laporan itu, sambil menambah Turki telah menjadi penjara paling terkemuka di dunia bagi “para wartawan” selama hampir sedekad.

IPI berkata, perundangan Turki telah dibanjiri dengan pelbagai kes sejak cubaan rampasan kuasa tetapi tidak mampu mengkaji dengan betul kerana satu per tiga hakim juga disingkirkan kerana dipercayai terlibat dalam tragedi tersebut.

Ankara pula berkata, penahanan, pemecatan dan penggantungan adalah perlu untuk menjaga keselamatan negara, memandangkan Turki telah menghadapi serangan dari militan Kurdi, Islam dan pemberontak sayap kiri.

Pengkritik berkata, Presiden Tayyip Erdogan menggunakan rampasan gagal sebagai alasan untuk menentang pembangkang dan menguatkan cengkamannya, tapi dinafikan Ankara.

Pertuduhan terhadap ramai wartawan masih diteruskan.

Minggu lalu, mahkamah Turki mengarahkan wartawan dan penulis terkenal, Ahmet Altan kembali ke penjara, seminggu selepas dia dibebaskan berikutan percubaan atas tuduhan berkaitan rampasan, dalam kes yang dikutuk oleh kumpulan hak asasi manusia dan IPI. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast