Dr. Kamarul Zaman Yusoff

KUALA LUMPUR – Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berbunyi “Perdana Menteri turut mengambil perhatian mengenai dakwaan terhadap kalangan anggota jemaah menteri yang menyalahgunakan kuasa atau meraih dukungan politik menerusi pemberian projek” pastinya menimbulkan spekulasi dalam rakyat mengenai tahap integriti anggota jemaah menteri.

Pemerhati politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, tentu ada yang bertanya-tanya apakah tujuan Anwar mengumumkan secara terbuka tentang kenyataan tersebut.

Malah, siapakah antara anggota jemaah menteri ini “yang menyalahgunakan kuasa atau meraih dukungan politik menerusi pemberian projek?”.

Dan, siapakah yang membuat “dakwaan terhadap kalangan anggota jemaah menteri yang menyalahgunakan kuasa atau meraih dukungan politik menerusi pemberian projek”ini?, soal Kamarul lagi.

Katanya, apabila pendedahan terbuka mengenai “dakwaan terhadap kalangan anggota jemaah menteri yang menyalahgunakan kuasa atau meraih dukungan politik menerusi pemberian projek” ini dibuat oleh Anwar, maka sudah pastilah ia adalah sesuatu yang boleh dianggap serius.

“Soalnya ialah sudahkah laporan PDRM dan laporan SPRM dibuat ke atas anggota jemaah menteri terbabit?,” tanya Kamarul lagi.

Petang tadi Anwar mengeluarkan kenyataan selepas mengadakan pertemuan selama 30 minit dengan Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, hari ini.

Dalam kenyataan tersebut Anwar menyatakan tentang pendiriannya dan Dr Mahathir berhubung isu peralihan kuasa
yang sama sekali tidak pernah berubah seperti yang dipersetujui oleh Pakatan Harapan (PH) dan dijanjikan berulang kali oleh Perdana Menteri.

“Kami juga tidak bersetuju sekiranya ada usaha lain yang menyimpang dari persetujuan tersebut atau menggunakan nama saya dan Perdana Menteri dalam mana-mana muslihat lain.

“Perdana Menteri turut mengambil perhatian mengenai dakwaan terhadap kalangan anggota jemaah menteri yang menyalahgunakan kuasa atau meraih dukungan politik menerusi pemberian projek,” katanya. – MalaysiaGazette

Peralihan kuasa: Tun M pegang janji, kata Anwar