TERKINI : Jawatan Kuasa Disiplin “Yang Tentukan Nasib 17 MP UMMO” – Ismail Sabri

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata apa-apa tindakan disiplin terhadap 17 Ahli Parlimen parti itu yang mengadakan pertemuan sulit dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hanya boleh diambil pihak Jawatankuasa Displin parti.

Katanya, Majlis Tertinggi (MT) UMNO tidak mempunyai kuasa untuk mengenakan tindakan disiplin terhadap mereka kerana apa-apa siasatan dikawal selia oleh lembaga itu.