TERKINI : Saat Akhir “Hadi Awang Dihalang Beri Syarahan” di UPM – Tuan Ibrahim Tuan Man

Langkah Universiti Putra Malaysia (UPM) menangguhkan program syarahan akademik bertajuk Bicara Eksklusif Islam Membawa Kesatuan yang akan disampaikan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikritik kepimpinan tertinggi parti itu.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan tindakan menghalang Hadi memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) adalah satu tindakan ‘cakap tidak serupa bikin’.