Renungan tajam dari Harimau Belang ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena musim cuti sekolah di Zoo Negara, Selangor. foto IQBAL BASRI, 11 DISEMBER 2017

KUALA LUMPUR – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menganggarkan populasi harimau belang di Perak berjumlah antara 40 hingga 50 ekor.

Manakala, jumlah gajah pula antara 100 hingga 130 ekor dan seladang sebanyak 50 hingga 60 ekor, kata Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar negeri, Dr Abdul Aziz Bari..

“Habitat-habitat utama tiga spesies yang terancam ini adalah di Hutan Royal Belum dan Hutan Simpan Temengor, Gerik serta Hutan Simpan Piah, Sungai Siput,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Loh Sze Yee (PH-Jalong) berkenaan bilangan haiwan terpelihara yang masih wujud di Perak semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Katanya, sejak kempen Selamatkan Harimau Malaya dijalankan dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) empat warga Thailand berjaya ditangkap kerana terlibat dalam pemburuan haram pada September dan Oktober lepas.-

Untuk rekod, Harimau Malaya direkodkan semakin pupus kerana populasinya kini hanya tinggal antara 200 ekor berbanding 3,000 ekor enam dekad. – MalaysiaGazette