KUALA LUMPUR – Pas akan mempertahankan Tun Dr. Mahathir Mohmad sekiranya Perdana Menteri berhadapan dengan usul undi tidak percaya.

Malah Presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau yakin bukan hanya 18 wakil rakyat parti itu akan mempertahankan Dr. Mahathir malah ahli Parlimen UMNO juga akan melakukan perkara yang sama.

“Ya kita akan pertahakannya (Dr. Mahathir), ya 18 (Ahli Parlimen), ya,” katanya kepada MalaysiaGazette pada majlis perasmian Seminar Kebangsaan Politik Sejahtera 2019.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan bahawa beliau sedia berdepan dengan usul undi tidak percaya.

Ujar Perdana Menteri, sepanjang pengetahuannya, beliau pada masa ini menerima sokongan termasuk daripada pembangkang iaitu UMNO dan Pas. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast