Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

KUALA LUMPUR – Lokasi insiden seorang warga Indonesia yang dipukul berlaku 20 kilometer daripada Stadium Nasional Bukit Jalil kira-kira pada pukul 3 pagi (Rabu lalu)

Bagaimana Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mendapat maklumat tersebut berkata, beliau tidak pasti sama ada insiden terbut mempunyai kaitan dengan perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 antara Malaysia dan Indonesia pada Selasa lalu.

“Tanpa mengira kes ini melibatkan satu warga Indonesia saya memohon rakan yang dipukul tampil ke hadapan,” katanya dalam akaun Twitter sambil momohon maaf dengan ‘rakan serumpun’ Indonesia berikutan kejadian tersebut.

Sebelum ini seorang pengguna Twitter memuat naik satu video berdurasi 44 saat yang menunjukkan beberapa lelaki dibelasah.

Dia mendakwa beberapa lelaki warga Indonesia dibelasah ketika perlawanan antara Malaysia dan Indonesia, merujuk kepada aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 Selasa lalu.

Bagaimanapun semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Di-Raja Malaysia (PDRM), Komisioner Datuk Huzir Mohamed berkata, Siasatan awal polis percaya video yang menunjukkan penyokong Indonesia dipukul tidak berlaku di sekitar Stadium Nasional Bukit Jalil.

Tambah beliau, penyebaran video berkenaan dipercayai dibuat dengan niat untuk memburukkan reputasi negara serta menjejaskan hubungan baik antara Malaysia dan Indonesia

Menurut Syed Saddiq, beliau akan memastikan keadilan akan ditegakkan tanpa mengira kewarganegaraan mereka yang terlibat.

Berikutan itu, beliau memohon mangsa kejadian tampil memberi keterangan. – MalaysiaGazettea

Siasatan awal dapati video pukul penyokong Indonesia bukan di Stadium Bukit Jalil