Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad diiringi barisan kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan bercakap pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 23 NOVEMBER 2019.

PUTRAJAYA – Punca kekalahan teruk Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai baru-baru ini merupakan amaran daripada rakyat.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ini kerana terdapat usaha yang dilakukan kerajaan tidak disukai rakyat terutamanya berkaitan kos sara hidup.

Beliau yang juga Pengerusi PH memberitahu, faktor lain pula apabila tuduhan dibuat ke atas PH yang telah dikuasai sepenuhnya oleh DAP mengikut tanggapan orang Melayu.

“Kaum Cina pula berpendapat DAP telah dikudakan saya daripada Bersatu (Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia).

“Jadi nampak seimbang apabila kedua-dua pihak tidak puas hati. Kita tidak boleh puaskan semua orang tetapi situasi sekarang rakyat tidak berpuas hati walaupun kita bersikap adil kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata pada sidang media mesyuarat Majlis Presiden PH di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Umum PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PH, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Mahathir menambah, pihaknya telah mendengar taklimat bedah siasat PRK Tanjung Piai dan perlu mengambil teguran yang diberikan.

Namun jelas beliau, teguran tidak boleh dikongsi secara umum dengan pihak media.

“Tapi saya tidak boleh cerita pada media teguran itu dan apa yang perlu dilakukan tapi masing-masing tahu kesalahan serta kita ambil tindakan untuk atasinya,” katanya.

Pada PRK Tanjung Piai yang berlangsung 16 November lalu, calon Barisan Nasional, Datuk Seri Wee Jeck Seng menang dengan majoriti besar iaitu 15,086 undi.

Beliau mendapat 25,466 undi manakala calon PH iaitu Karmaine Sardini daripada Bersatu hanya 10,380 undi. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Rakyat peasants sudah terlalu meluat dgn kamu dgn penipuan ucapan2 kempen pilihanraya kununnya kamu tidak pernah kaya raya selepas memerintah dgn kuku besi selama 22 tahun, hakikatnya kamu terus menipu rakyat peasants seolah2 mereka itu hidop pada tahun 1980an!

  2. KITA TELAH DAPATI… PH mmg akan merosak kn malaysia… Di tambah menteri2 pH yg ego tinggi langit di pacu oleh bapak segala kroni..

  3. Hoi..tua nyanyuk ko mana rasa kesusahan rakyat sebab hari hari yang ko lalui semua nya serba mewah..apabila ko bercakap tentang kesusahan rakyat itu hanya sekadar menyedapkan laporan2 media.walhal ko cuma mahu menikmati kesenangan hidup bersama anak cucu ko sahaja…ko di panjangkan umur sebab allah swt mahu ko hanyut dengan kemewahan dunia…semoga ko terus hanyut dengan keduniaan..amin.

  4. Apa yang Mahadir cakap itu. Hanya sebagai halwa telinga saja. Menteri2 yang ada mana nak ingatkan rakyat. Jika dia ingatkan rakyat. Tanah rakyat tidak diambil seperti kampong baru. Dan banyak lagi tempat2 lain. Sebab mereka ini keluar saja dari rumah . Kerta . Minyak. Tol . Dan lain2 lagi semua free. Tidak pekerti rakyat. Semua kena bayar. Masuk tandas pun kena bayar. Jadi apa yang Mahadir cakap itu semua hayalan pada rakyat. Yang sokong dia .

Comments are closed.