Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata pasangan itu, Wan Mohd Baharul Nizam Wan Bakar, 35, dan Norwahidah Abdul Hamid, 28, merancang bernikah pada Jumaat ini.
PDRM

KUALA LUMPUR – Mayat seorang wanita ditemui dalam masjid Taman Keramat Hulu Klang di sini, awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Noor Azmi Yusoff berkata mayat wanita berusia dalam lingkungan 60 tahun itu ditemui dalam keadaan terbaring dengan lengkap berpakaian, tetapi tiada dokumen pengenalan diri.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati sebuah kereta jenis Perodua Alza memasuki kawasan masjid kira-kira 4.24 pagi dan keluar tiga minit kemudian.

“Kenderaan itu disyaki digunakan untuk menghantar mayat itu ke kawasan masjid,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Azmi berkata pemeriksaan polis mendapati tiada kecederaan fizikal pada wanita itu dan dia dipercayai bukan rakyat tempatan.

Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu agar menghubungi Balai Polis Hulu Klang di talian 03-4257 3322.

— BERNAMA

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.