Bursa Malaysia dibuka dengan kecenderungan negatif hari ini, berikutan harga minyak sawit mentah (MSM) dan harga minyak mentah yang rendah terus mempengaruhi sentimen pasaran.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Bursa Malaysia dibuka lebih rendah sedikit hari ini berikutan aktiviti jualan sederhana.

Pada 9.18 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 1.36 mata kepada 1,589.99 daripada 1,591.35 penutup Isnin.

Pada pembukaan, indeks penanda aras itu didagangkan 1.71 mata lebih rendah pada 1,589.64.

Pada 9.30 pagi, terdapat 190 kaunter naik berbanding 198 kaunter turun, manakala 270 kaunter tidak berubah di Bursa Malaysia.

Sejumlah 406.088 juta saham bertukar tangan bernilai RM212.295 juta. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast