Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Professor Datuk Dr. Osman Bakar (kiri) menunjukkan buku Islam And Confucianism pada Pelancaran Buku Islam And Confucianism : A Civilizational Dialogue di Institut Antarabangsa Tamadun Islam dan Alam Melayu (ISTAC) , Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 26 NOVEMBER 2019

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) sepatutnya tidak perlu melalui tender kerana ia ditubuhkan demi membantu golongan petani yang memerlukan bantuan, kata Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun apa yang penting adalah Nafas diurus tadbir secara efisyen dan telus, tambah beliau.

“Menteri (Datuk Seri Salahuddin Ayub) telah jelaskan kepada saya pagi tadi.

“Nafas adalah organisasi mewakili petani dan pemegang kecil industri pertanian negara, jadi ada rasionalnya untuk kita memastikan ia diurus dengan efisyen melalui cara yang telus untuk memberi manfaat kepada petani miskin.

“Ia bermaksud tidak boleh ada tender, ia adalah isu yang teknikal,” katanya ketika sidang mefia selepas hadir di majlis pelancaran buku ‘Islam and Confucianism’.

“Sebagai individu yang sebelum ini bertanggungjawab menubuhkan Nafas dan Nikmat, kerajaan mahu memastikan golongan petani yang miskin mendapat keuntungan, justeru cara untuk membantu mereka adalah lebih penting.

“Saya yang tubuhkan Nafas dan Nikmat untuk pastikan petani mempunyai wakil daripada kerajaan.

“Kita perlu pastikan. Bagaimana nak pastikan bahawa keuntungan itu disalurkan kepada petani,” ujarnya.

Isu tender Nafas tercetus apabila Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad mendakwa terdapat cubaan sabotaj dalam kalangan pegawai kementerian dengan menganugerah dan membatalkan tender tanpa pengetahuan menterinya Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Salahuddin kemudian mengaku dan mempertahankan tindakannya menulis surat kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengesyorkan tender pertanian padi bernilai RM1.4 bilion diberi kepada Nafas. – MalaysiaGazette

3 Komen

Comments are closed.