KUALA LUMPUR – Di mana adat dan budaya kita sebagai rakyat Malaysia, tidak kira Melayu, Cina, India atau kaum apa sekali pun yang selama ini melaung-laungkan cintakan keamanan, kedamaian dan keharmonian?
Kita bersumpah untuk menjadi warganegara yang baik, menjunjung Rukun Negara secara bersama dan menolak segala perbuatan khianat dari rakyat sendiri terhadap negara, tetapi kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Demikian luah Timbalan Presiden Seniman Paksi Rakyat Malaysia (Paksi), Kassim Muhamad, sebaik tular klip video menayangkan Jalur Gemilang lima bintang, yang asasnya menjadi lambang komunis.
Dengan nada kecewa, ujarnya, selepas beberapa isu dan topik yang menjadi pemilikan kaum tertentu dihina oleh bangsa yang sama warga negaranya, kini Jalur Gemilang pula menjadi sasaran para penderhaka negara.
“Jalur Gemilang kita sekali lagi menjadi sasaran para penderhaka negara. Berdasarkan apa yang telah berlaku sang penderhaka memohon maaf, ada menteri berikan amaran, ada menteri berdukacita yang amat. Kes pun tutup.
“Penderhakaan akan berterusan kerana fikiran budaya kita melihat makna bendera itu tersangat lemah, kita tak punya rasa patriotisme seperti sepatutnya.
“Kita terlalu sibuk kejar kemajuan ekonomi dan kebendaan sehingga kita lupa makna roh dan semangat sebuah negara merdeka itu,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini, hari ini.
Beliau menyeru, agar keadaan itu dapat diubah oleh kerajaan dengan kadar segera supaya ia tidak berlaku secara berleluasa oleh pihak tertentu yang akan mengambil kesempatan atas kelonggaran perundangan untuk mengulanginya lagi.
“Kami mendesak para penderhaka ini dihukum dengan setimpal, jangan berkompromi atau berlembut hati semata-mata mereka memohon maaf,” katanya. – MalaysiaGazette

















Tindakan yg sebodoh2 manusia, mencabar dan terus mencabar.. Yaaa… Pastikan rakyat menghukum dgn menjadikan menjadikan ia kerajaan sepenggal.. Kita adalah rakyat dan kita adalah tuan kpd ahli politik, mrk terhegeh2 mencari kerja sblm pilihanraya…bl dah di beri kerja lain perkara yg di buat… Ingat…. Jika rakyat tlh memecat mrk tiada ruang utk mrk membuat resprantasi di bwh sek 20(1) di IRR.