Baru Bian, pemimpin PKR yang memiliki sokongan kuat di Sarawak.

SEJAK kekalahan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke14, suasana kerajaan negeri Sarawak agak tertekan dengan kemungkinan berlakunya perubahan kerajaan negeri. Kemenangan Pakatan Harapan di peringkat Persekutuan telah memberikan satu dorongan semangat motivasi untuk menawan negeri Sarawak.

Dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak 2016 menyaksikan bahawa DAP menguasai DUN Pandungan, Pending, Kota Sentosa, Bukit Assek, Pelawan, Tanjung Batu dan Pujut. Manakala PKR menguasai DUN Batu Lintang, Krian dan Ba’ Kelalan. Terdapat 80 kerusi DUN dipertandingkan dalam Pilihanraya Negeri Sarawak 2016 jika dibandingkan pada Pilihanraya Negeri Sarawak 2011 hanya terdapat 71 kerusi.

Antara kerusi-kerusi pada Pilihanraya Negeri Sarawak 2021 yang menjadi perhatian adalah kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak yang berkemungkinan mampu jatuh ke DAP iaitu

i). Kerusi Dewan Undangan Negeri Tasik Biru yang mendapat majoriti 1288 undi dari 2072 undi dalam PRN 2011. Kekuatan DAP yang mendapat majoriti Bumiputera bukan islam 68% dan Cina 25%

ii) Dewan Undangan Negeri Batu Kitang merupakan DUN baru yang diwujudkan daripada pemecahan DUN Batu Kawah dengan majoriti 1840 undi yang mendapat majoriti pengundi Cina 60%

iii) Dewan Undangan Negeri Batu kawah yang mendapat majoriti 2085 undi pada PRN 2016 daripada 4489 undi dalam PRN 2011. Majoriti Cina 60% dan bumiputra bukan Islam 21% yang merupakan penyokong kuat kepada DAP berbanding SUPP.

iv) Dewan Undangan Negeri Mamboing yang mendapat majoriti 3333 undi disebabkan berlakunya pertembungan calon Dap dan Pkr. Andi kata kedua-dua pengundi calon tersebut digabungkan maka majoriti akan berkurangan menjadi 788 undi pada PRN 2011, Situasi marginal undi ini boleh digembelengkan untuk menjadi kerusi PH. Sokongan dari Bumiputera bukan islam 68% dan Cina 26% ke atas PH masih utuh.

v) Begitu juga Dewan Undangan Negeri Bukit Semuja Parlimen Serian yang mendapat majoriti 3144 undi hasil gabungan pengundi PKR dan DAP. Tanpa sokongan Dap calon PKR baru dapat 1146 undi dan hasil gabungan tersebut telah meningkat kepada 2307 undi. Ini menunjukkan kekuatan PKR dan DAP mampu menumbangkan calon Gabungan Parti Sarawak.

vi) DUN Repok Parlimen Sarikei adalah kawasan kubu kuat DAP sejak 2011. Tetapi dengan pemergian Wong Ho Leng menyebabkan DAP kalah dengan majoriti 943 undi. Majoriti Cina 75% dan bumiputra bukan Islam 19% masih menyokong DAP. Cuma calon perlu difikirkan yang mampu diterima oleh setiap lapisan masyarakat di DUN Repok.

vii) DUN Meradong Parlimen Sarikei, pengaruh Wong Ho Leng amat ketara dalam kalangan penduduk Sarikei, Tanpa ada Wong Ho Leng menyebabkan DAP kehilangan DUN ini dengan kekalahan majoriti undi 1516 undi berbanding 2011 iaitu 317 undi kepada SUPP. Majoriti Cina 54% dan bumiputra bukan Islam 43% masih lagi menyokong DAP. Kekalahan ini disebabkan calon yang tidak sesuai dan kurang diterima dalam kalangan penduduk.

Manakala bagi PKR, pengaruh Baru Bian selaku pengerusi PKR Sarawak adalah amat kuat khususnya dalam kalangan Bumiputera bukan Islam di beberapa kawasan Parlimen seperti Lanang, Sarikei, Sibu, Miri dan Baram. Peningkatan ahli PKR Sarawak disumbangkan oleh Bumiputera bukan Islam berbanding Cina dan Bumiputera Islam.

Antara DUN  pada 2016. Pada PRN 2011 PKR mendapat 3706 undi dan meningkat di DUN Dudong dengan calon DAP kepada 7554 undi. Majoriti Cina 53% dan bumiputra bukan Islam 39% maish utuh menyokong PKR dan kepimpinan Baru Bian

ii) DUN Bawang Assan dalam Parlimen Sibu adalah baru diwujudkan pada 2016 dan pada PRN 2011 adalah DUN Kakus. Dalam PRN 2011, PKR mendapat 2764 undi dan meningkat dengan calon DAP kepada 4884 undi di DUN Bawang Assan, majoriti Cina 54% dan bumiputra bukan Islam 42% , menyokong kepimpinan Baru Bian

iii) DUN Piasau adalah DUN baru dengan majoriti 2112 undi. DUN ini mempunyai majoriti Cina 59% dan bumiputra bukan Islam 19%. Maka gabungan kekuatan DAP dan kepimpinan Baru Bian amat penting dalam PRN 2021

iv) DUN Senandin Parlimen Miri adalaah DUN baru dengan majoriti 3538 melalui calon DAP,

Majoriti Cina 44% dan bumiputra bukan Islam 39% mampu memberikan kelebihan kepada calon Pakatan Harapan dalam PRN 2021.

v) DUN Marudi Parlimen Baram adalah DUN baru diwujudkan pada 2016. Majoriti undi iaitu 1387 undi dengan Cina 14% dan bumiputra bukan Islam 75%. Calon PKR mampu mendapatkan sokongan majoriti jika pengundi Cina dan Bumiputra bukan Islam bersatu menyokong calon Pakatan Harapan.

vi) DUN Telang Usan Parlimen Baram majoriti 167 adalah DUN baru diwujudkan pada 2016. PKR mempunyai peluang cerah untuk merampas dari BN. Cina 4% dan bumiputra bukan Islam 96% mampu memberikan sokongan kepada PKR.

Terdapat 7 kerusi panas DAP dan 6 kerusi panas PKR yang bakal menyaksikan pertandingan sengit. Selain 10 kerusi yang telah diambil oleh PH pada PRN 2016 adalah amat penting untuk dipertahankan dalam PRN 2021. Andai kata 13 kerusi panas ini jatuh ke tangan PH dan ditambah pula dengan 10 kerusi yang dimenangi dalam PRN 2016.

Masih belum cukup kuat untuk menumbangkan kerajaan di bawah kepimpinan GPS. Pergolakan antara orang Anwar dan orang Azmin dalam PKR Sarawak telah menggoyahkan kedudukan Baru Bian selaku pengerusi PKR Sarawak. Konvensyen PKR Sarawak yang diadakan baru-baru ini mencerminkan berkemungkinan bakal berlaku perebutan kepimpinan PKR Sarawak. Tanpa ada kepimpinan Baru mampu mencarikan sokongan pengundi Cina ke atas DAP.

Majoriti pengundi Cina Sarawak yang beragama Kristian masih menyokong kepimpinan Baru. Ini bermakna tanpa ada kepimpinan Baru Pakatan Harapan mampu kehilangan beberapa kerusi yang menjadi pertaruhan. Ini dibuktikan dengan pemergian Wong Ho Leng telah menyebabkan DAP daripada 12 kerusi DUN Sarawak pada PRN 2011 menjadi 7 kerusi DUN.

Secara keseluruhannya sokongan rakyat Sarawak ke atas Pakatan Harapan adalah disebabkan ketokohan kepimpinan dan bukannya manifesto parti. – MalaysiaGazette

Dr Iskandar Hasan Tan Abdullah, Pensyarah Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, UiTM Kelantan