TERKINI : APA MOTIF??? “Jaga Sentimen Tentera” – Tuan Ibrahim Tuan Man

KUALA LUMPUR – Tindakan membawa pulang abu bekas pengasas Komunis Chin Peng dari Thailand September lalu secara senyap seperti yang dibincangkan hangat hari ini sangat mendukacitakan tanpa mengambil kira sentimen dan hati bekas anggota tentera, polis dan orang awam yang terkesan langsung semasa darurat.

Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man sambil mempersoalkan tujuan sebenar membawa balik abu Chin Peng ke negara ini menjelaskan ia satu kesilapan paling besar yang dibuat kerajaan Pakatan Harapan jika ia bertujuan dibawa balik untuk mengangungkan perjuangan komunis.