PUTRAJAYA – Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyangkal kenyataan Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Ahmad Kasim yang mengatakan beliau mempunyai kuasa memecat dua ahli parti itu di Pahang berhubung kes rasuah.

Beliau berkata, tidak ada tertulis di dalam Perlembagaan parti yang menunjukkan bahawa presiden atau setiausaha agung boleh menarik balik (pecat) keahlian seseorang dalam pimpinan.