Mohd Khalid Yunus

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Hannah Yeoh sepatutnya menyalahkan Ketua Whip Pakatan Harapan (PH) yang menyebabkan peruntukan untuk kementerian itu hampir ditolak Dewan Rakyat baru-baru ini.

Timbalan Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Tan Sri Khalid Yunus berkata, Ahli Parlimen Segambut itu seharusnya menyalahkan Datuk Johari Abdul kerana gagal memastikan Ahli Parlimen kerajaan hadir untuk memberi undi kepada bajet KPWKM.

“Kenapa pula beliau beria-ia menyalahkan ahli parlimen blok pembangkang yang tidak menyokong belanjawan itu. Mana ada pembangkang menyokong usul atau cadangan pihak kerajaan? Saya rasa pelik dengan sikap beliau.

“Hannah tidak boleh mengambil itu (blok pembangkang tidak sokong) sebagai satu kesalahan. Ini normal sebagai fungsi pembangkang dalam Dewan Rakyat.

“Dia sepatutnya dia kena tanyalah Ketua Whip dia kenapa Ahli Parlimen kerajaan ramai tidak hadir. Dia tidak boleh menyalahkan orang lain khususnya ahli parlimen pembangkang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas kenyataan Hannah yang meletakkan kesalahan peruntukan kementerian hampir tertolak oleh Dewan Rakyat berikutan tidak cukup undi.

Dalam kenyataannya semalam, Hannah menyelar semua 28 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pas kerana cuba mengagalkan belanjawan untuk kementeriannya.

Katanya, dana untuk kementeriannya bertujuan antara lain untuk kumpulan yang kurang upaya, warga emas, wanita dan kanak-kanak.

Menurut Khalid yang merupakan bekas Ahli Parlimen Jempol selama 17 tahun, tindakan timbalan menteri itu tidak betul apabila menyalahkan pembangkang.

“Di peringkat jawatankuasa ini, apabila peruntukan itu hendak diluluskan, memang diadakan undi belah bahagi. Apabila sampai ke tahap itu, Ahli Parlimen PH kena buat keputusan dan sewajarnyalah pembangkang tidak akan menyokong.

“Bahkan, Ahli Parlimen PH yang sebelum ini sebagai pembangkang pun apabila dibentangkan undian belah bahagi oleh pihak kerajaan (BN) tidak pernah pun menyokong.

“Apa mesej yang hendak disampaikan oleh Hannah ini apabila dia menyelar semua ahli parlimen pembangkang yang tidak menyokong. Saya faham dan boleh baca apa matlamat atau mesej dia itu,” katanya.

Beliau menjelaskan, sepanjang berada di Dewan Rakyat selama 17 tahun, beliau melihat Lim Kit Siang dan konco-konconya dari DAP tidak pernah menyokong usul kerajaan.

“Tiba-tiba sekarang dia (PH) marahkan pembangkang. Saya tahulah dia sebenarnya cuba mempolitikkan soal ini untuk menunjukkan kepada pengundi di kawasan pembangkang, kononnya pemimpin mereka tidak bertanggungjawab.

“Sepatutnya sebelum Hannah buat kenyataan itu, dia kena tanya diri dia dahulu, masa dia jadi pembangkang, dia nak sokongkah apa-apa yang kerajaan bentangkan? Sampai mati dia tak sokong.

“Di mana-mana parlimen dalam dunia ini sekalipun, jarang benar ahli parlimen pembangkang menyokong kerajaan tetapi itu bukan isu,” jelasnya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Bantah RUU bukti pembangkang khianati pengundi – Hannah

9 Komen

  1. sebab itu lah negeri pembangkang kerajaan tak perlu beri bantuan. kecuali kalau mereka memohon macam dikelantan. macam dipahang peneroka felda merempat pun kerajaan tak payah bantu lah. kita ada kerajaan umno pas yang menjaga kepentingan peneroka. umno pas sangat bertanggong jawab. tidak biarkan peneroka kelaparan. tiap minggu hantar bantuan. tahun depan peneroka felda janga. lupa undilah umno pas .

    • Basodia….Kalo macam tu pembangkang dan penyokong tak payah bayar segala jenis CUKAI dan TOL la …..kan..kan…
      #asalpHmestibingai

    • Basodia… Woiii bagero, komen bangang ko tuh Ah Tok tua kutok ko Kit Sial tak akan bayor ko, ada paham ka? Artikel berkenaan perjalanan Parliament lah baksongok!

  2. Ucap tahniah kpd MP Pembangkang.

    Mereka telah membuktikan kepada PM bahawa Menteri, Tim Menteri dan MP2 Kerajaan yang tidak hadir ke parlimen – bukan saja tidak memahami tanggungjawab mereka kepada rakyat malah TIDAK TERKESAN TERHADAP ARAHAN2 YAB PM – mereka dah terlalu penat utk hadir ke parlimen agaknya…

    Hana Teoh dan Hassan dari Johor konon nak jadi jaguh cuba nak spin dan buat huraian yang panjang lebar dan berbelit2 ….. tapi terpusing ke batang hidung sendiri….

    Aku nak tanya mereka berdua…..di manakah mereka semasa pembangkang (yang kini parti pemerintah) membuat kerja yang sama kpd pemerintahan BN dahulu? – ada yang relek2 kat cafe, ada yg menyorok dalam kereta malah ada yang bersembunyi dalam tandas. Tiba2 masuk dewan ramai2 – ambush utk minta “belah bagi”……bukan sekali dua, tapi banyak kali.

    Ada satu ketika, BN berjaya mempertahankan “perbahasan bajet” dengan 2 undi saja (klu tak silap).

    Mengapa tak tanya kawan2 kamu yg berkenaan – adakah mereka menolak bajet pada masa itu bertujuan utk menyekat perkhidmatan2 yg bertujuan membantu rakyat?

    Mereka tak ingat itu….mungkin belum lahir agaknya

  3. Betul sangat tu Tan Sri. Sindrom menyalahkan pihak lain dah sebati dalam budaya semua pemimpin PH. Tak menjadi hairan lagi. Mereka ni kan semua badut-badut membuat aksi dan pernyataan yang amat lucu dalam parliament, tanpa fakta kukuh malahan putar belit yang ada,….Ha haa. Sekarang ni saya amat minat tengok persidangan parliament, sebab lebih melucukan dari program ‘ mr bean ‘.

    • ramai lagi MP kerajaan x hadir time undian….maksud nya MP kerajaan yg x hadir tu x setuju la…MP hana ni pun x betul….dah la nampak sgt kesalahn d pihak kerajaan, nak salahkn org lain

  4. Dri pembangkang hingga jdi kerjaan asik nak salah kan org salah sendiri x mau ngaku. Daras kerjaan 1 penggal.

Comments are closed.