Photo Ehsan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura

SINGAPURA – Seorang pemandu bas warga Malaysia ditahan kerana cuba menyeludup masuk 1,275 karton rokok tanpa cukai serta 3,030 uncang tembakau kunyah di Pusat Pemeriksaan Woodlands, Rabu lalu.

Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura, dalam laman Facebooknya hari ini, berkata, para pegawai berasa curiga dengan bas yang didaftarkan di Malaysia itu sebelum mengarahkan pemandu itu menjalani pemeriksaan menyeluruh terhadap kenderaan itu.

Menurutnya, pegawai pemeriksa kemudian mendapati sesuatu yang mencurigakan dalam imej pengimbas sebelum pemeriksaan lanjut mendapati barang terlarang itu disorokkan dalam ruang khas yang diubah suai di bahagian bawah bas berkenaan.

ICA berkata pihaknya bertindak menahan pemandu bas berusia 27 tahun itu sebelum diserahkan kepada Kastam Singapura untuk siasatan lanjut.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast