Sebahagian pengunjung melintasi sudut kenangan pada Majlis Memperingati Lima Tahum Tragedi MH370 di The Square, Publika, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 03 MAC 2019

PARIS – Pengedar Banijay Rights telah menjalinkan kerjasama dengan Alef One dan rangkaian televisyen France Televisions bagi menerbitkan drama siri tenteng kehilangan penerbangan MH370.

Sebanyak enam drama yang berdurasi 52 minit setiap satu itu menerokai kehilangan pesawat Boeing, B777 milik Malaysia Airlines pada 2014, lapor Television Business International.

Drama tersebut berdasarkan karya Ghyslain Wattrelos dan wartawan, Florence de Changy yang menyiasat tentang kehilangan pesawat tersebut.

Wattrelos kehilangan isteri dan dua orang anak dalam insiden tersebut.

Alef One merupakan penerbit drama bersiri dalam bahasa Inggeris yang akan disiarkan di Perancis oleh France Televisions. Banijay Ringhts memegang hak pengedaran. – Agensi

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.