Khairul Azam Abdul Aziz
Khairul Azam Abdul Aziz

KUALA LUMPUR – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) mahu mengembalikan status quo hak istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak sepertimana termaktub dalam Perlembagaan.

Menurut Naib Presidennya, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, pihaknya meminta semua orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak untuk memohon biasiswa, permit perniagaan dan kemudahan latihan daripada jabatan dan agensi kerajaan berkaitan.

Kata beliau, menurut Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak mempunyai hak istimewa dalam bidang pendidikan, biasiswa, permit perniagaan, lesen dan kemudahan latihan.

Semua hak istimewa itu, katanya, bagi mengiktiraf kemurahan hati orang Melayu untuk bersetuju memberikan taraf kewarganegaraan dan berkongsi Negara Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) ini dengan pendatang sejak tahun 1957 hingga kini.

“Selepas 62 tahun Malaya merdeka, keturunan pendatang secara automatik menikmati taraf kewarganegaraan sedangkan orang Melayu dan anak Negeri Sabah dan Sarawak tidak menerima apa-apa kelebihan berbanding keturunan pendatang malah seolah hidup secara sama taraf dengan pendatang.

“Sedangkan sebenarnya keturunan pendatang ini adalah ibarat warganegara kelas tiga sahaja sepatutnya di Malaysia ini, bukan bersaing dalam padang yang sama dengan penduduk asal,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Mohd Khairul Azam yang juga Pengerusi Biro Aduan Awam dan Undang-undang Putra menyatakan, sekiranya permohonan itu ditolak, rakyat Sabah dan Sarawak mohon hubungi secara mesej menerusi aplikasi Whatsapp kepada sekretariat biro berkenaan di talian +6017-6635719.

Jelas beliau, mereka juga boleh meninggalkan mesej di laman Facebook Biro Aduan Awam dan Undang-undang Putra di pautan https://www.facebook.com/Biro-Aduan-Awam-PUTRA-722635254839897/.

“Selepas menerima maklumat, Putra akan berbincang dengan mereka untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap agensi kerajaan yang tidak mematuhi Perkara 153 Perlembagaan ini.

“Ini negara asal milik kita, bukan milik pendatang yang tidak pernah bersyukur menerima taraf warganegara. Ini masanya kita kuatkuasakan hak istimewa kita di sisi perlembagaan,” ujarnya. – MalaysiaGazette.

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.