Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan orang ramai agar tidak berkongsi video limpahan air empangan yang ditularkan pihak tidak bertanggungjawab di media sosial dengan hantaran (posting) pelepasan air, kononnya dari Empangan Kenyir, Terengganu.

Rakaman video tersebut bukanlah di Empangan Kenyir tetapi dari Empangan Tembat berdekatan yang memiliki kawasan tadahan berkeluasan hanya 0.05% daripada Empangan Kenyir.

TNB berkata, air yang dilepaskan adalah pelepasan semulajadi (natural spillage) yang disalurkan ke Tasik Kenyir dan tidak perlu dibimbangi.

Tambah syarikat utiliti itu, TNB telah membuat persiapan awal menghadapi musim tengkujuh dengan menurunkan paras air empangan serta melaksanakan kerja-kerja senggaraan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast