TERKINI : Tindakan Tegas “Jika Wujud Kongres Nasional PKR Kedua” – Shamsul Iskandar

KUALA LUMPUR – PKR berhak mengambil tindakan tegas kepada ahli yang bertanggungjawab sekiranya diwujudkan Kongres Nasional PKR kedua.

Menurut Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin parti boleh mengambil tindakan berlandaskan perlembagaan PKR.

“Yes (boleh ambil tindakan). Kita akan ambil tindakan mengikut saluran undang-undang dan perlembagaan parti,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.