Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

ALOR SETAR – Ibu kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini petang tadi.

Setiausaha Akhbar kepada Saifuddin, Hisommudin Bakar berkata, Che Gayah Hassan, 74, meninggal dunia pada pukul 6.05 petang kerana sakit tua selepas seminggu dirawat di hospital berkenaan.

“Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Durian, Pokok Sena (dekat Alor Setar) pada pukul 11 malam ini,” katanya dalam satu kenyataan ringkas malam ini. – Bernama