Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin. foto IQBAL BASRI, 02 DISEMBER 2019.

JOHOR BAHRU – Sel Sniper Infantri di Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) di sini, kini dinaik taraf menjadi Cawangan Sniper Dan Tinjau Infantri (CST).

Cawangan baru di pusat latihan berkenaan dirasmikan oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin.

Cawangan berkenaan yang berperanan dalam melatih anggota infantri untuk menjadi Jurulatih Sniper itu, ditubuhkan bagi memastikan pasukan infantri lebih berdaya saing dan lebih efektif selaras dengan keperluan peperangan semasa.

Menurutnya, CST diketuai oleh Ketua Cawangan dengan tiga pegawai serta 19 pangkat lain-lain yang mana 12 daripadanya merupakan jurulatih yang mempunyai kepakaran Sniper Dan Tinjau.

Beliau berkata, CST sebelum ini merupakan sebuah Sel Sniper Infantri pada tahun 2000 dan secara rasminya dinaiktaraf menjadi sebuah cawangan pada hari ini.

“Sehingga kini , sebanyak empat jenis kursus telah dijalankan iaitu Kursus Sniper Infantri 24 siri, kursus jurulatih Sniper Infantri sebanyak enam siri, manakala kursus tinjau infantri 13 siri dan kursus jurulatih tinjau infantri sebanyak lima siri,” katanya.
– Bernama

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.