TERKINI : Jangan Ambil Ringan Budaya “Minum-Minum Kopi atau Mesyuarat Tepi” – Latheefa Koya

Budaya minum kopi atau mesyuarat tepi yang diamalkan kebanyakan syarikat swasta mahupun korporat selepas menghantar menyertai tender perlu dihentikan segera.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya berkata, ia bagi mengelakkan timbulnya syak wasangka dalam pemberian sesuatu kontrak projek.