Cawangan Merchantrade di Pavilion.

KUALA LUMPUR – Merchantrade Asia Sdn Bhd (Merchantrade) menerima kelulusan Bank Negara Malaysia untuk memperkenalkan pemprosesan eKYC (Know Your Customer) untuk pertukaran wang.

Pelanggan perlu membuat pendaftaran atas talian e-KYC yang mengambil masa kurang lima minit untuk dilengkapkan, memberi keselesaan kepada pengguna untuk akses platform pelbagai matawang tanpa perlu hadir di kaunter.

Sebaik sahaja proses pendaftaran selesai, para pelanggan akan automatik akses kepada platform pertukaran asing secara digital 24 jam dalam wallet yang menawarkan sebanyak 20 mata wang termasuk dolar Amerika Syarikat, Australia, Singapura, Hong Kong pound British, rupiah Indonesian, euro, Baht Thai, Saudi Riyal, renminbi China, won Korea Selatan dan rupee India.

Had pertukaran wallet adalah RM10,000.

Pengasas dan Pengarah Urusan Merchantrade Asia, Ramasamy K Veeran berkata, platform ini membolehkan pelanggan mendapat kadar paling murah dan menggunakan kad di luar negara.

Malah, jika mereka mempunyai baki mata wang asing, mereka boleh menjual mata wang kembali ke dalam aplikasi pada bila-bila masa.

“Langkah ini adalah sama dengan pertukaran wang yang dilakukan di kaunter, yang mana seseorang boleh membeli atau menjual semula mata wang yang tidak digunakan,” katanya.

Pelanggan akan menerima dompet Merchantrade Money peribadi mereka dengan kad Visa yang dihantar dalam masa 5-7 hari bekerja.

Kad ini diterima di 46 juta pedagang Visa di seluruh dunia. – MalaysiaGazette