TERKINI : Saya Akan Bertemu Anwar Ibrahim dan Hadir Kongres Nasional PKR – Azmin Ali

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan hadir ke Kongres Nasional PKR yang akan membuka tirai pada hari esok di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).

Timbalan Presiden PKR itu memberi kata putus bahawa beliau dan rakan rakannya yang telah dipilih pada pemilihan Kongres Parti tahun lalu akan hadir ke Kongres Nasional parti yang akan berlangsung mulai esok hingga Ahad ini.

Beliau bersama sekutunya yang dihadiri beberapa pemimpin utama iaitu Naib Presiden PKR Tian Chua dan Zuraida Kamaruddin serta Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari selain Elizaberth Wong yang merupakan Exco Selangor telah bermesyuarat secara berasingan di Dewan Persidangan dalam Parlimen.