Ketua AMK, Akmal Nasrullah Mohd Nasir menyampaikan ucapan dasar pada persidangan Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) sempena Kongres Nasional Keadilan ke 14 di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka. foto FAREEZ FADZIL, 06 DISEMBER 2019

AYER KEROH – Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini melahirkan keyakinan transisi kuasa Perdana Menteri antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketuanya, Akmal Nasrullah Nasir berkata, peralihan kuasa antara Dr Mahathir dan Anwar perlu dibuat secara lancar dan tersusun bagi menjamin kelicinan pentadbiran negara.

“Kita kekal akur dan memberi sokongan sepenuhnya kepada
kerajaan bagi menjamin kelancaran pentadbiran,” katanya dalam ucapan dasar AMK di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MICT), hari ini

Dalam pada itu, Akmal mempersoalkan mengapa kerajaan Pakatan Harapan (PH) masih belum memansuhkan undang-undang doktrin seperti mana yang dilaung-laung sebelum ini.

“Sudah setahun setengah Pakatan Harapan mengemudi negara, kenapa undang-undang zalim seperti SOSMA masih belum dihapuskan?

“Musuh politik kita di luar sana cuba mewujudkan sentimen kebencian dan kemarahan berdasarkan kaum.

“Isu ekonomi, salah bangsa; isu kemalangan salah bangsa, seolah-olah kesemua perkara yang berlaku di Malaysia ini adalah perkauman semata-mata,” katanya lagi. – MalaysiaGazette