Bekas Pengerusi Tetap AMK, Mizan Adli Mohd Noor bertengkar antara pegawai keselamatan ketika memasuki persidangan Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) sempena Kongres Nasional Keadilan ke 14 di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka. foto FAREEZ FADZIL, 06 DISEMBER 2019

AYER KEROH – Bekas Pengerusi Tetap AMK, Mizan Adli Md Noor berjaya meloloskan diri daripada sekatan anggota keselamatan di luar pintu masuk dewan di mana berlangsungnya Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) di sini.

Di tengah-tengah kekecohan yang menyaksikan adegan tolak menolak dan saling jerit menjerit sekumpulan pewakilan, Mizan berjaya masuk namun berlaku pertengkaran di antara beliau dengan pengawal keselamatan di situ.

Biarpun berjaya memasuki dewan, namun beberapa minit kemudian beliau dibawa keluar dari dewan apabila cuba menaiki pentas untuk ke kerusi Pengerusi Tetap AMK.

Kejadian berlaku ketika acara sedang bermula dengan bacaan doa dan nyanyian lagu Negaraku.

Insiden itu berlaku sebelum kongres memulakan proses perlantikan Pengerusi Tetap AMK yang baharu.

Selasa lalu, Mizan bertegas untuk hadir mempengerusikan kongres Pemuda AMK walaupun jawatannya sebagai pengerusi tetap kongres AMK telah dilucutkan.

Pada 28 November lalu, Mizan dan Mohd Ramly Ahmad masing-masing dilucutkan jawatan sebagai pengerusi tetap AMK dan timbalan pengerusi ketua tetap AMK.

BACA: PKR nafi pemecatan 2 pimpinan AMK sebabkan risiko diharamkan

AMK hari ini melantik Setiausaha AMK Tangga Batu, Rashid Abu Bakar dilantik sebagai Pengerusi Tetap AMK yang baru menggantikan Mizan.

Setiausaha AMK Kedah, Wan Mohd Shahrizal pula dilantik Timbalan Pengerusi Tetap. -MalaysiaGazette

1 Komen

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.