Rangkaian kereta api Perancis terjejas selepas kakitangan melancarkan mogok menentang reformasi pencen yang diperkenalkan oleh kerajaan. fotO AGensi

PARIS – Pekerja kereta api Perancis telah mengundi untuk melanjutkan mogok, kata jurucakap kesatuan pekerja kereta api, UNSA.

Rangkaian-rangkaian pengangkutan di Paris dan bandar-bandar di seluruh Perancis telah terjejas kerana kesatuan mahu meneruskan protes.

Mereka turut mengancam untuk melumpuhkan negara selama beberapa hari lagi.

Situasi ini menimbulkan cabaran paling dahsyat kepada proses pembaharuan pencen oleh Presiden Emmanuel Macron selepas berdepan dengan protes “yellow jacket” tahun lalu.

Menteri Dalam Negeri Perancis berkata, seramai 800,000 orang melakukan protes di seluruh negara termasuk 65,000 orang di Paris.

Kesatuan itu percaya reformasi pencen akan menyebabkan kehidupan kakitangan bertambah teruk selepas persaraan nanti atau memaksa mereka bekerja lebih lama. – MalaysiaGazette