TERKINI : Bila Barisan Nasional Menang Jangan Pinggirkan PAS – Tan Sri Vigneswaran

MIC bersetuju sekiranya Muafakat Nasional diinstitusikan seperti Barisan Nasional (BN) yang dianggotai oleh pelbagai parti.

Malah Presiden parti itu Tan Sri S. A. Vigneswaran berkata, parti tersebut bersedia menjadi salah satu parti yang akan berada di bawah institusi tersebut.

Jelas beliau dengan cara ini kerjasama parti pembangkang itu akan lebih kuat dalam masa yang sama mempunyai satu matlamat dan hala tuju yang sama selain dapat mengelakkan percanggahan di antara satu sama lain.

Walaubagaimanapun ujarnya institusi seperti yang disuarakan oleh Ketua Pemuda UMNO Datuk Seri Dr Asyraf Wajdi Dusuki semalam perlu dilaksanakan dengan sistem yang baik.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast