TERKINI : Hakikatnya Chin Peng “Ketua Pengganas Parti Komunis Malaya” – Zahid Hamidi

“Tanpa memikirkan semua kekejaman komunis, kerajaan hari ini bukan sahaja membiarkan pertemuan mereka yang simpati kepada pengganas komunis, malah abu mayat Chin Peng dibawa pulang dan ketua pengganas itu didewa-dewakan,” katanya.

Beliau berkata demikian menyampaikan ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU2019) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Menurut Ahmad Zahid, kumpulan itu juga mahu menukar sejarah dengan menganggap ideologi komunis sebagai pejuang kemerdekaan dan tindakan kerajaan itu amat menghiris hati rakyat.