TERKINI : Saya dan Azmin Ali Bersedia Kalau Dipecat – Zuraida Kamaruddin

KUALA LUMPUR – Zuraida Kamaruddin dengan berani dan terbuka melontarkan mesej jelas kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau dan Mohamed Azmin Ali sudah bersedia untuk berdepan tindakan pecat jika itu tindakan yang difikirkan oleh Presiden PKR itu.

Kata Naib Presiden itu beliau bersama Timbalan Presiden PKR sudah bersedia tanpa sebarang kerisauan dan rela dikorbankan demi parti Keadilan tersebut.

“Kalau kami nak dipecat, saya dan Azmin sudah bersedia, kami rela dikorbankan demi parti ini kerana kami berniat ikhlas hendak membawa parti ke arah landasan betul.