Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR – Rafizi Ramli umum meninggalkan dunia politik kerana mahu mahu memberi tumpuan kepada  kehidupan khususnya belajar.

Malah Naib Presiden itu menambah, buat masa sekarang beliau lebih tertarik dengan ilmu pengetahuan berkenaan internet.

“Jelas menerusi ciapan saya, saya menjelaskan tidak akan kembali ke politik.

“Saya berada dalam fasa kehidupan di mana saya perlu belajar. Hanya dengan belajar kita akan jadi lebih baik dan menyumbang lebih baik.

“Teruja untuk memberi tumpuan kepada AI, pembelajaran mesin & IoT,” katanya, merujuk istilah internet menerusi akaun Twitter beliau.

Pada 15 November lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam melepaskan dan membebaskan Rafizi selepas membatalkan sabitan mendedahkan akaun bank berkaitanNational Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), anak syarikatnya dan Pengerusi, Salleh Ismail.

Sabitan dan hukuman penjara terhadapnya menyebabkan beliau tidak dapat bertanding pada pilihan raya umum lalu. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Setelah berjaya mengangkat kerajaan PH yang kini menjadikan negara Malaysia tunggang langgang…tetiba kata nak tinggalkan polItik…ini kah manusia yg sentiasa mendabik dada sebagai penyelamat negara dari di musnahkan BN….dah takut lah tu….sebab tu nak lepas tangan…#PENIPU BESAR…

  2. Selepas berjaya bersama rakyat menjatuh kan sestem kliptokrasi jijik yg menyebabkan negara tanggong hutang dari hanya 1Project penipuan /rompakan 1MDB yg di akui oleh seluruh dunia rm53billiun Saudara rafizi mengakhiri karea politik nya, kearah membena diri sendiri ,rakyat berterimakasih kpd rafizi dgn sumbangan beliau yg tidak harga dgn menjatuh regem rasuah najib dan umno kedlm lipatan sejarah negara.

  3. Potong perkataan ‘politik’. Itu lebih baik buat ummat Islam. Dari terus menjadi hamba raja fitnah Malaysia. Dlm kubur blh bersoal jawab dgn Munkar Nakir… Kalau pengikut2 raja fitnah ni yg ikutsama menjaja fitnahnya nak ikut pun, okay jugak. Kat padang mahsyar nanti korang berkumpul bersama tau…

Comments are closed.