TERKINI : TERKEJUT!!! Datuk Saudara Tiba-tiba Muncul – Yusoff Rawther

KUALA LUMPUR – Selepas hampir lapan jam memberi keterangan kepada polis di ibu Pejabat Polis Bukit Aman sejak pukul 1 tengahari ini, Muhammad Yusoff Rawther akhirnya muncul di hadapan media di pekarangan pintu masuk premis itu pukul 9.15 malam tadi.

Tampil bersama peguamnya Datuk Mohamed Haniff Kathri Abdulla, Yusoff menyatakan perasaan terkilan dengan tindakan mengejut datuk saudaranya Mohideen Abdul Kadeer yang muncul tiba tiba dan mengeluarkan kenyataan melulu dan tidak masuk akal.