MAVCOM
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) mungkin akan ditutup dan digabungkan dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) pada masa akan datang.

Menurut laporan Bernama yang memetik pelbagai sumber, The Edge mendakwa perkembangan baharu itu adalah susulan kelulusan kabinet bagi memperkasa CAAM.

“Langkah itu bertujuan untuk memperkasa CAAM dengan entiti itu kelak mengawal aspek ekonomi dan teknikal dalam industri penerbangan awam,” kata laporan itu.

CAAM bertanggungjawab mengawal aspek teknikal, penyelenggaraan dan keselamatan.

Mavcom yang ditubuhkan pada 2016 di bawah Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 pula mengawal selia urusan ekonomi dan komersil di Malaysia.

Untuk menutup Mavcom, undang-undang perlu dipinda dengan pindaan itu memerlukan kelulusan Parlimen. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast