Zakaria Abdul Hamid. foto HAZROL ZAINAL.

KUALA LUMPUR – Ketua Cabang PKR Bera, Zakaria Hamid hari ini mengemukakan surat rayuan kepada Lembaga Rayuan parti itu untuk menarik balik pemecatan beliau.

Menurutnya, beliau masih menaruh harapan agar Lembaga Disiplin mempertimbangkan semula dan menarik balik keputusan mereka itu dan memberi peluang kepadanya untuk membela diri.

“Saya berharap Lembaga Rayuan memanggil saya untuk memberi keterangan, tidak seperti Lembaga Disiplin yang sebelum ini mengenepikan proses asas pendengaran terhadap tertuduh<” katanya dalam kenyataan.

Surat rayuan itu dihantar pada pukul  3.10 petang ini di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya.

Pada 24 November lalu, PKR memecat Zakaria dan  Ismail Dulhadi selepas Lembaga Disiplin PKR menerima bukti kukuh daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Lembaga Disiplin parti menerima surat daripada SPRM bertarikh 23 Oktober lalu mengenai salah laku rasuah dua ahli parti. SPRM mengesyorkan kepada parti supaya mengambil tindakan terhadap dua individu terbabit,” kata Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Ahmad Kassim.

Menurut Zakaria, beliau juga terkilan dengan tindakan Setiausaha Agung parti itu yang membuat pendedahan terperinci kes itu kepada media massa dan perwakilan pada Kongres Nasional ahad lalu sebelum tempoh rayuan berakhir. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Klu aku lah.. Org dah pecat, itu tanda nya org dah benci dan tak suka kat kita lagi.. Ko tak pyh nk buat muka tebal buat rayuan.. Byk lg parti yg lbih bagus drpd pkr.. Nampak sngat ko tu muka tak malu n gila nk kuasa… Org mcn ni tak bolh buat jadi pemimpin…

Comments are closed.