Kelihatan dua orang wanita memegang payung berikutan hujan mula turun semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar kawasan Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 28 OKTOBER 2019

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca peringkat waspada dengan hujan lebat yang dijangka berlaku di beberapa kawasan di Pahang dan Johor sehingga 14 Disember (Sabtu).

Ketua Pengarahnya, Jailon Saimon berkata kawasan yang terjejas di Pahang adalah di daerah Rompin manakala di Johor kawasan terjejas adalah di daerah Mersing dan Kota Tinggi.

“Angin kencang 40 hingga 50 km/jam dengan ombak mencapai 3.5 meter dijangka boleh berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sabah dan Sarawak dalam tempoh tersebut.

“Kejadian ini boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai dan muara sungai kawasan terbabit,” katanya dalam satu kenyataan malam ini. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast